"Al-Fatihah!"Kedengaran suara Tok Imam. Adik- beradik lelakiku sama-sama mengusungku. Nun jauh sayup-sayup mata memandang, kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku akan dibawa? Sudah matikah aku? Turunkan aku. Aku takut!!!".
Baru sebentar tadi aku merempit bersama rakan-rakan baikku. Sememangnya kami berlima umpama belangkas . ke mana sahaja kami akan sentiasa bersama. Ke mana mereka semua. Mana perginya Leman, Derus, Mahat, Lajis yang selalu mengajak aku merempit.
Dalam aku tertanya-tanya, aku melihat kelibat Mahat di tepi jalan dipapah Lajis dan Leman. Mukanya pucat macam mayat dan terpinga-pinga macam ayam berak kapur.Kakinya berbalut simen. Derus tak kulihat di mana-mana. Mana agaknya Derus. Mahat kelihatan sedih sekali. Air matanya mengalir membasahi pipinya yang cengkung. Leman muram saja. Lajis bungkam sambil memapah Mahat sambil tangan kirinya menepuk-nepuk belakang bahu Mahat.
Terpacul dari mulut berbibir hitam dek banyak merokoknya;
“Dahlah, Hat. Dia dah tak ada lagi. Tak usahlah kau bersedih sangat.”
“ Syukurlah kau masih selamat. Redhakanlah pemergiannya.”
Leman mencelah;
“ Ya, Hat. Kita semua tahu apa yang kita dah buat. Memang salah kita. Derus masih koma di hospital. Kita doakan saja Lamin ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.”
“ Ya, Tuhanku. Apa maksud kata Leman itu. Derus koma? Aku dah mati?”
“ Tidak,tidak. Aku tak mati lagi. Aku masih mahu hidup. Aku belum puas hidup lagi. Aku masih muda. Banyak yang nak aku buat lagi. Jangan ambil nyawaku lagi.”
“ Turunkan aku. Turunkan aku. Aku belum mati lagi. Ayah, Lamin belum mati lagi. Abang Long, aku belum mati lagi. Alang, turunkan aku. Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang, turunkan aku.
Dengarkah mereka raunganku? Tiba-tiba aku rasa usunganku diturunkan. Lega aku rasa. Akhirnya ada juga orang yang mendengar jeritanku. Kain penutup usunganku dibuka dan dialih ke tepi penutup usunganku. Usunganku diletakkan di tepi sebuah liang lahad. Kelihatannya sama saiznya dengan ketinggianku.
Tba-tiba beberapa tangan memegangku,dan aku diturunkan ke dalam liang itu.
"Perlahan-lahan",Aku terdengar suara Tok Imam memberitahu.
"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku belum mati lagi. Aku tak mahu!!!"
Benarlah aku sudah mati. Patutlah jeritanku tidak didengari sesiapa. Kini, aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Semua ikatan di balutan badanku dibuka. Tujuh ketul tanah yang dikepal sebesar bola lisut disendal pada badanku setelah aku dibaringkan menghadap kiblat.
“ Ibu! Ayah! Jangan buat Lamin macam ni. Kesiankanlah Lamin.”
Perlahan-lahan penutup liang disandarkan. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupi papan liangku.
"Tanah apa ini?".
"Aduh, sakitnya badanku di timbusi tanah!".
"Innalillahi wa innailaihi rajiun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari Tok Imam;
"Aduh, sakitnya badanku di timbusi tanah!".
"Innalillahi wa innailaihi rajiun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari Tok Imam;
"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu benar........".
Sayup-sayap aku terdengar Tok Imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang dari cuping telingaku. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kulihat apa-apa. Gelap di kelilingku. Kini benarlah aku telah dikuburkan. Aku dah mati. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit dek pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.
Menyesal? Sudah tidak berguna lagi.nasi sudah menjadi bubur. Ibuku telah melarang aku keluar dengan kawan-kawanku senja itu. Hari-hari sebelumnya juga begitu. Ayahku juga telah menegur aku berkali-kali. Demi gejolak darah mudaku, nasihat ibu ayah kukesampingkan. Nasihat mereka ibarat mencurah air ke daun keladi. Tidak sepicingpun yang tinggal di benakku.
Aku berlumba juga malam itu bersama Leman, Lajis, Derus dan Mahat. Antara kami berlima Aku dan Deruslah yang handal menunggang motor walaupun kami tidak mempunyai lesen memandu. Selepas jam 12 tengah malam, kami akan berlumba di jalan kampong itu mempamerkan kehandalan kami.
Memang suratan malam itu aku kan menemui ajalku. Malang tidak berbau. Kalau kutahu begini akhirnya pasti nasihat ibu ayahku kan kudengar. Malang nasibku ketika mengambil selekoh tajam di Jalan Haji Ali, sebuah lori rosak tersadai. Aku dan Derus yang mengepalai perlumbaan tidak sempat mengelak. Aku merempuh belakang lori. Derus mengikut jejak aku. Kami berdua yang mendahului malam itu terperosok di bawah lori.
Begini kesudahan hidupku yang kusia-siakan kerana mengejar keseronokan hidup anak muda. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
tamat!!
haha.. assalamualaikum...
ni cerpen aq... wt sndri...
p cerpen lebe kpd ayah aq yg buat...
aq nyer cerpen lgy 1 p cite 2 cmn xbpe nk best la...
bce n hayatilah eh...
lehh thn bestt,...
ReplyDelete